Excellent0 Reviews
5.0
Cleanliness
5.0
Comfort
5.0
Staf
5.0
Facilities
5.0

Available Accommodations

Homestay Hj Saifudin (House)

From RM 100.00 / Night

Max Guests: 10 persons

Available Packages

Booking Package Now

Share

Overview

Kampung Parit Bugis terletak di Mukim Sungai Balang, di dalam Daerah Muar, Negeri Johor Darul Takzim.

Ia mengambil masa lebih kurang 3.5 jam perjalanan berkereta dari Kuala Lumpur dan 2 jam perjalanan dari Johor Bahru dan boleh diakses melalui Jalan Muar-Batu Pahat atau Jalan Muar-Yong Peng.

SEJARAH KAMPUNG PARIT BUGIS

Kampung Parit Bugis telah dibuka pada tahun 1909 oleh orang-orang bugis yang diketuai oleh Daeng Abu Bakar dan Daeng Serabut. Orang-orang Bugis ini telah membuka kebun dengan menanam pokok getah. Oleh kerana hampir keseluruhan tanah di kawasan ini merupakan tanah gambut yang kurang sesuai dengan tanaman getah, maka orang-orang Bugis ini telah meninggalkan kampung ini dan hanya menetap selama 5 tahun sahaja.

Kampung ini terus diterokai dan diusahakan oleh orang-orang dari Indonesia berketurunan Jawa. Ketua kampung yang pertama ialah Wak Bawok dari Kabopatin pada tahun 1913. Penghulu yang pertama di kampung ini ialah En. Abu Hassan.

Setelah hampir satu abad kampung ini terus maju.

SEJARAH HOMESTAY KAMPUNG PARIT BUGIS

Kampung Parit Bugis pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat Negeri

Johor dan Kebangsaan, antaranya:-

 Johan, Kampung Indah Peringkat Negeri Johor 1989 dan Tempat Ke-5 Peringkat Kebangsaan 1990.

 Johan, Pertandingan Desa Cemerlang Peringkat Negeri Johor 2003 dan Tempat Ke-3 Peringkat Kebangsaan 2004.

 Johan, Komuniti Bestari Peringkat Negeri Johor 2005 dan Johan Peringkat Kebangsaan 2006.Penubuhan Homestay Kampung Parit Bugis berikutan kejayaan di tempat ke-3 Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan dan diilhamkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah (KKLW) dengan kerjasama :

 Kementerian Pelancongan (KPL)

 Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Johor (MTPNJ)

 Persatuan Homestay Malaysia.

Jumlah peserta di awal penubuhan: 53 buah rumah/keluarga

 Jumlah bilik yang ditawarkan : melebihi 50 bilik

 Pakej yang ditawarkan : Pakej Lawatan Harian, 2 Hari 1 Malam dan 3 Hari 2 Malam dan juga mengikut kehendak pelancong

Amenities

  • Air conditioning
  • Iron/ironing board upon request
  • Free Parking
  • Flat-screen TV
  • Electric kettle

Reviews - 0